Lingzhi Jia Hor best!

   

Utama  |  Cerita  |  Gambar  |  Akhbar Contact  


SIJIL
Halal
GMP
ISO
BPOM
JHFA

BUKU DIBACA
- Reishi Mushroom Herb of Spiritual Potency and Medical Wonder
- Ganoderma Lucidum
- Reishi
- Ganoderma (Lingzhi) Herba Kesihatan Yang Menakjubkan
- Germanium Organik
- Pengenalan Mengenai Lingzhi

NOTA
Lingzhi Jia Hor bukanlah ubat, tetapi sejenis makanan yang menyelaras kesihatan. Antara khasiat utama hasil kajian sains terkini ;
1) Polisakarida
2) Triterpenes
3) Adenosina
4) Germanium Organik
5) Protein LZ-8

PENAFIAN
Tidak boleh ditiru. Ini adalah web blog peribadi. Diceritakan di sini tentang Lingzhi Jia Hor dan produk-produk Syarikat Shuang Hor (M) Sdn. Bhd, dari kaca mata seorang pengguna. Produk dan syarikat lain tiada kena mengena. Khasiat produk syarikat lain tidak boleh dirujuk ke sini. Bukanlah maksud web blog ini untuk menunjukkan rawatan. Kandungannya adalah sebagai panduan, pengetahuan dan perkongsian maklumat sahaja. Kalau sakit jumpalah doktor. Tapi kalau ingin mencuba apa salahnya atau berkenalan dengan saya, email basri.normohd AT googlemail

rss feed

 

 

Monday, February 27, 2006
Cerita saya.

Saya telah memakan tumbuhan ini beberapa ketika dan mendapati ia sangat mujarab dan bagus.

Pengidap resdung dan gastrik, seperti saya telah mencuba berbagai ubatan. Namun ubatan hanya mampu menahan sakit. Bukan 'membuang' penyakit. Istimewanya makanan ini kerana ia seumpama agen pembersih dalam badan. Maka saya beransur pulih daripada resdung. Gastrik pula telah pulih sepenuhnya. Walau pun saya telah sihat, namun saya terus memakannya untuk mengelak serangan penyakit.

Ahli keluarga saya yang saya beri makan makanan ini juga mendapat kesan baik. Isteri saya telah memakannya ketika hamil. Hasilnya dia tidak mengalami loya dan alergi hamil yang teruk. Baby yang dilahirkan juga sihat dan amat comel.

Sewaktu anak perempuan saya berumur beberapa bulan, dia kerap sangat selesema. Hidungnya tersumbat hingus, menyebabkan tak boleh tidur malam. Mulutnya tercungap-cungap menggantikan tugas hidung untuk bernafas. Kalau disumbat puting susu, memburukkan tangis sebab sukar bernafas. Apa kami suami isteri buat ialah, mencampurkan tumbuhan ini dengan bancuhan susu dan bagi baby minum sedikit-sedikit. Selepas beberapa ketika baby kami sihat hingga kini tidak diserang selsema teruk lagi.

Dikalangan rakan-rakan saya, pengalaman mereka lebih dahsyat seperti kencing manis, gout, demam denggi, sakit buah pinggang, jangkitan hati malah kudis besar dipatuk ular pun ada. Kaki kudis yang hampir hancur kembali pilih, tak jadi potong. Semua pulih setelah memakan tumbuhan bertuah ini. Hebatnya kuasa Allah.

Makanan ini ialah sejenis cendawan bernama Ling Zhi Jia Hor.

Kerana saya inginkan keyakinan lebih untuk memakannya, saya buat rujukan dengan membaca buku, carian internet, surat khabar dan lain-lain. Saya sentiasa curiga dengan benda yang ingin dimakan, bagaimana ia di proses? ada babi tak? dan lain-lain.

Satu buku paling menarik saya baca ialah, Reishi Mushroom; Herb of Spiritual Potency and Medical Wonder, Terry Willard. Research by Ken Jones. 1990, Sylvan Press. Rupa-rupanya ahli sains telah lama membuat kajian dan mendapati Ling Zhi adalah seumpama tonik dan tiada kesan sampingan. Sesetengah orang mengatakn Lingzhi sebagai "ubat".

Lingzhi mujarab untuk penyakit paling ringan iaitu selsema, hingga penyakit paling berat iaitu kanser.

Inilah yang dikatakan oleh Hypocrates, "jadikan makanan kamu ubat, dan jadikan ubat itu makanan."

Ubatan barat tak boleh dimakan sembarangan sebab ada campuran dadah. Tumbuhan ini tidak, ia semulajadi. Ling Zhi Jia Hor didatangkan dalam bentuk kapsul. Jadi, inilah ubat inilah makanan, makan untuk kesihatan!

Menurut ahli-ahli sains, dalam buku-buku itu, Ling Zhi bukanlah ubat tetapi sejenis makanan kesihatan. Kalau orang sihat makan Ling Zhi, ia dapat menguatkan imun dari serangan penyakit. Kepada orang kurang sihat pula, akan mendapat penyembuhan dengan pegambilan dos tertentu.

Hasilnya kepada kesihatan amat berbaloi dengan wang yang dikeluarkan untuk membelinya.

Ada lagi buku-buku yang saya rujuk. Buku-buku ini juga telah membuka mata saya. Rupa-rupanya Ling Zhi juga adalah penawar kepada banyak penyakit. Hampir semua penyakit yang kita biasa dengar, dan jarang dengar.

Sembilan (9) tahun saya memakannya, banyak perubahan baik telah berlaku.

Terlalu panjang untuk saya tuliskan di sini kebaikan-kebaikan Ling Zhi Jia Hor.

Tapi kalau nak cuba makan. Saya syorkan Ling Zhi Jia Hor inilah. Kalau nak pengesahan emaillah saya di

Posted at 09:50 am by dugongsenyum
 

Next Page
 


Permata hati
Dulu baby comel, sekarang makin lasak.


Reishi Mushroom
"Reishi is a mushroom used for thousands of years..."


Ganoderma Lucidum
"Ling-Zhi atau Reishi berupaya memberikan kesihatan kepada mereka yang berpenyakit dan mengekalkan kesihatan kepada mereka yang sememangnya sihat."

 

Basri, 2006. Hakcipta terpelihara.